Thursday, 1 December 2011

1 DISEMBER KEMBALI LAGI

Assalamualaikum semua.
1 Disember kembali lagi. Saya dapat rasakan bahawa Disember kali ini merupakan bulan tersibuk dalam banyak-banyak bulan. Pada bulan inilah kalendar dipenuhi dengan undangan ke majlis berkhatan dan majlis perkahwinan.

Sekadar berkongsi gambar majlis perkahwinan anak pengetua sekolah lama yang dihadiri pada 27hb. November yang lalu. 
"Mama...bila nak shopping baju-baju sekolah". Alamak dah tiba ke masanya. Ini yang paling memenatkan. memang anak-anak tak pernah memilih jenama apa baju sekolah mereka cuma saya mahukan yang tahan lama untuk Aiesyah yang boleh tahan lasaknya. Seperti biasa Alia dapat mengekalkan berat badannya dan kebanyakan baju lama masih boleh digunakan sehingga ke hujung tahun. Begitu juga dengan Iman yang bajunya akan bersih dan kemas sepanjang hari, jadi Iman tidak memerlukan baju yang terlalu berjenama.


Inilah Aiesyah....pengubat hati pengarang jantung...hehe...yang bongsulah katakan...Aiesyah paling tak suka buat kerja sekolah. "Kalau hari-hari peksakan bagus mama, takyah buat keje sekolah" Adik..adik...manalah larat cikgu-cikgu nak tanda kertas peksa hari-hari.
1 Disember juga bulan untuk bercuti tetapi sehingga ke hari ini....."kita tak pegi mana-mana ke cuti ni mama?" Soalan cepumas betul...Nanti dan nanti dan nanti....Sehinggakan dalam satu sesi soal-jawab dalam majalah yang dibaca...tempat percutian yang baru anda kunjungi...Iman tanpa rasa bersalah menjawab...Sate Samuri di PD. Hahaha...begitu mengidamnya anak-anak nak pergi  bercuti.
1 Disember...musim hujan tiba lagi. Bumi sentiasa dibasahi. Langit menangis berhiba-hiba. Guruh bersahut-sahutan. Kilat sabung-menyabung. Ini membataskan pergerakan terutama pergerakan anak-anak yang selalu mahu bermain di luar. Kali ni dalam rumah sahajalah mereka membuah kecah....
1 Disember juga merupakan bulan memasak....hehehe...teringat kata-kata anak murid saja dalam fb malam tadi..."Cikgu hari-hari ke buat kuih?" Bukan hari-hari buat kuih tetapi hari-hari memasak...
Walaupun Disember bulan yang paling sibuk tetapi Disember tetap datang dan tetap datang lagi...darihaticikgusuzie...

Wednesday, 30 November 2011

WAFFLES

Suami selalu berpesan kalau nak buat makanan, buat makanan yang anak-anak suka makan. Waffles ini termasuk dalam kategori makanan yang anak-anak suka. Bermula dengan asyik membeli waffles di kedai di hadapan sekolah anak-anak, saya cuba mencari resepinya dan membeli pembakar waffles di Bangi. Memang mudah cara penyediaannya dan yang pentingnya....jimat. Inilah rupa waffles yang telah siap dibakar.




Sebenarnya masa ni tak pandai lagi buat waffles..agak sememeh sikit...tapi waffles ni memang rangup dan kita boleh letak jem strawberry ke, blueberry ke tapi anak-anak memang suka letak filling coklat...darihaticikgusuzie...

PIZZA LAH PULAK...

Saya ada juga try test buat pizza...cari-cari dapatlah satu resepi yang agak mudah untuk basenya...Satu adunan dapat 4 pan pizza yang kecil. Masa nilah anak-anak sibuk nak bubuh filling ape. Aiesyah suka sosej ngan crab stick tanpa cendawan, Iman jenis tak kisah...apapun boleh. Suami suka base yang nipis dan garing. Filling tak kisah tapi mozarella cheese kena banyak...
Selalunya kalau tiba malas nak masak untuk makan malam saya selalu buat pizza...senang cerita. Ni dia pizza yang tak bape nak cantik yang pernah saya buat.




Pizza ni saya letak mozarella cheese yang banyak. Tu pasal tak nampak filling yang lain. Doh untuk pizza ini juga saya gunakan untuk membuat donut...Senang cerita. Dua dalam satu. Resepi ini juga saya share dengan kawan-kawan yang inginkan resepi yang paling senang untuk buat pizza...hehe...darihaticikgusuzie...

KEK HARI JADI

Selalunya kek harijadi keluarga kami tempah je kat Cikgu Salbiah. Anak-anak dah selalu makan kek buatan saya jadi bila menyambut harijadi mereka kek mereka selalu tempah atau beli.Tahun ni harijadi saya sendiri dikejutkan dengan kek yang cantik daripada suami..hehe...love you like a love song lah...


Ha...ni dia...kek harijadi saya daripada suami...Suami saya memang romantis orangnya tapi saya tak pernah terfikir kek macam ni dia tempah. Rasa sayang nak makan. Rasa nak framekan je...hehe.

.

Ni pulak kek yang saya tempah untuk suami. Suami kata "mama tak berseni langsung. kek empat segi je"..hehe..tapi rasanya memang sedap. Saya memang suka buat kek tapi untuk meraikan harijadi keluarga biarlah yang cantik banyak...kek saya cantiknya sikit je..hehe


Ni pulak kek harijadi Aiesyah Sufiea yang ke lapan tahun. Aiesyah banyak demand nya. Nak payunglah, garfieldlah...dan inilah yang dia dapat. Oklah tu kan...Wajahnya berseri-seri sepanjang hari...Adik memang penghibur kat rumah.


Alamak...terbaliklah pulak gambar kek harijadi si bujang senang ni. Kek nipun ditempah tanpa memberitahu sibujang. Dia ingatkan tiada apa-apa untuknya. Saspen je...Sedap gak keknya. Kek Blueberry ditempah pada saat-saat akhir daripada Cikgu Salbiah.


Alia Atiqah...anak nombor 3. Dia ni tak kisahpun kek mcamana. Kek ni juga ditempah. Nantilah bila mama dah tahu buat kek yang cantik-cantik kita tak payah beli lagi kek untuk apa-apa majlispun. Entah bilalah tu agaknya...




Ha...ni barulah kek coklat buatan sendiri. Memang moist betul..Rupa takde tapi rasa memang sedap...Nampaknya kena belajar cara untuk mendekorasi kek lepas ni...tak ade seni langsungkan...tapi bila kek ni habis dimakan dek anak-anak, lega rasa hati ni...anak-anak masih berminat dengan kek coklat mamanya...darihaticikgusuzie...

LAMB CHOP, CHICKEN CHOP

Ha..ni lagi satu juadah yang menjadi kegemaran keluarga terutama suami sehinggakan sanggup berbelanja besar dengan membeli alat pembakar ala-ala Licence To Grill tu. Tak caya...Tengok gambar ni.


Alat pembakar ini sebiji macam dalam Licence To Grill tu lah. Ada sengkuapnya sekali...Besar gedabak dan boleh membakar dengan cepat. Alat pembakar ni menggunakan gas. Sehingga ke hari ini baru sekali sahaja digunakan...hehehe..payah nak bersihkan selepas digunakan...last-last bakar dalam oven je.



Ha..tu dia yang sedang dibakar dan yang sudah dibakar lamb chop nye. Kuah untuk memerap lamb chop ni suami beli daripada rakannya Haron yang dahulunya berniaga di Sepang Gold Coast. Memang sedap kuah pemerap ni. Saya cuba juga untuk membuatnya tapi tak pernah jadi-jadi. Entah apalah yang digunakan oleh Haron tu sehingga menjilat jari kami dibuatnya. Semasa Haron berniaga di Pantai Bagan Lalang, kami sekeluarga selalu makan di gerainya. Lama-kelamaan suami mencadangkan supaya saya belajar memerap lamb chop tu. Tapi itulah...Allah nak beri rezeki kepada Haron sebab perapan saya tak jadi dan terpaksalah membelinya daripada Haron...Anak-anakpun suka lamb chop ni. bagi Natasya yang tak makan lamb chop saya perapkan chicken chop buat dia. Mula-mula je dia tak makan lamb chop tapi bila takde pilihan lain tercekik-cekik juga dia menelan lamb chop tu.......darihaticikgusuzie.....

JELI KELAPA PANDAN

Macam lama dah tak buat jeli kelapa pandan ni sebab kelapa pandannya ditanam di Seri Bayu dan kami banyak menghabiskan masa di Hulu Teris. Namun jeli ini tetap menjadi pujaan anak-anakku, suamiku dan ibu mertuaku hahaha. Kalau masa buat jeli ini peti ais tak boleh diisikan dengan benda-benda lain dan pintu peti ais ni menjerit-jerit meminta tolong supaya janganlah pintunya dibuka dan ditutup selalu. Anak-anak memang suka jeli ni. Selain rasanya yang sedap, baunya juga harum seharum daun pandan...


Jeli ni kalau makan satu memang tak cukup, duapun belum tentu cukup lagi. Itu sebab anak-anakku di rumah ini asik buka dan tutup peti ais...Yang penting juga ibu mertuaku suka. Setiap kali balik ke kampung dia akan bertanya tentang jeli kelapa pandan ni. "Bukan tak nak buat mak, tapi malasnye tu dah terlebih-lebih sekarang ni"...hehe. Selain jeli kelapa, anak-anak juga suka dengan dadih terutama dadih mangga dan strawberry. Bukan susah sangat buatnya. Ikutnya peraturan dan undang-undang di belakang plastik dadih yang dibeli...Mudah bukan...Ish...ish...ish...teringinlah pulak nak makan dadih mangga....darihaticikgusuzie


MUFIN OH MUFIN

Dulu saya memang kemaruk buat mufin ni. Mufin coklatlah, mufin blueberrylah, mufin pisanglah, mufin vanilalah..pokoknya mufin, mufin, mufin. Masa tu mulalah merayau ke Bangi dan ke rumah kakak di Kuala Selangor untuk mencari cup mufin yang comel-comel. Di Kuala Selangor kakak saya memberitahu bahawa terdapat sebuat kedai yang menjual berbagai-bagai jenis peralatan membuat kuih. Apalagi berdezup saya ke sana bersama suami. Padahal bukan kemaruk sangat nak makan mufin cuma kemaruk nak tengok cup mufin yang pelbagai jenis dan rupa.


Cup mufin ni yang biasa je tapi pertama kali melihatnya saya dah suka. Apalagi saya rembat je. Mula-mula Aiesyah ngan Iman menikmatnya bersungguh-sungguh tapi bila dah selalu makan, mereka makan tanpa ada perasaan...."mama ni tak pandai ye buat mufin yang lain....asik-asik mufin coklat je" Dusss merah telinga dibuatnya...Lepas daripada itu saya cuba buat mufin vanila dan blueberry.


Ni dia mufin blueberry yang saya buat tu. Cup ni dibeli di Kuala Selangor...gambar strawbeey lagi. ish..ish..ish..mana nak nampak. Mufin ni mendapat sambutan hangat bila dimakan panas-panas. Keluar satu tray dari oven...habis...keluar lagi dari oven....selesai...Kadang-kala itulah yang merupakan kepuasan dalam diri ini bila apa yang dimasak dan dibakar digemari oleh keluarga...darihaticikgusuzie...