Thursday 1 December 2011

1 DISEMBER KEMBALI LAGI

Assalamualaikum semua.
1 Disember kembali lagi. Saya dapat rasakan bahawa Disember kali ini merupakan bulan tersibuk dalam banyak-banyak bulan. Pada bulan inilah kalendar dipenuhi dengan undangan ke majlis berkhatan dan majlis perkahwinan.

Sekadar berkongsi gambar majlis perkahwinan anak pengetua sekolah lama yang dihadiri pada 27hb. November yang lalu. 
"Mama...bila nak shopping baju-baju sekolah". Alamak dah tiba ke masanya. Ini yang paling memenatkan. memang anak-anak tak pernah memilih jenama apa baju sekolah mereka cuma saya mahukan yang tahan lama untuk Aiesyah yang boleh tahan lasaknya. Seperti biasa Alia dapat mengekalkan berat badannya dan kebanyakan baju lama masih boleh digunakan sehingga ke hujung tahun. Begitu juga dengan Iman yang bajunya akan bersih dan kemas sepanjang hari, jadi Iman tidak memerlukan baju yang terlalu berjenama.


Inilah Aiesyah....pengubat hati pengarang jantung...hehe...yang bongsulah katakan...Aiesyah paling tak suka buat kerja sekolah. "Kalau hari-hari peksakan bagus mama, takyah buat keje sekolah" Adik..adik...manalah larat cikgu-cikgu nak tanda kertas peksa hari-hari.
1 Disember juga bulan untuk bercuti tetapi sehingga ke hari ini....."kita tak pegi mana-mana ke cuti ni mama?" Soalan cepumas betul...Nanti dan nanti dan nanti....Sehinggakan dalam satu sesi soal-jawab dalam majalah yang dibaca...tempat percutian yang baru anda kunjungi...Iman tanpa rasa bersalah menjawab...Sate Samuri di PD. Hahaha...begitu mengidamnya anak-anak nak pergi  bercuti.
1 Disember...musim hujan tiba lagi. Bumi sentiasa dibasahi. Langit menangis berhiba-hiba. Guruh bersahut-sahutan. Kilat sabung-menyabung. Ini membataskan pergerakan terutama pergerakan anak-anak yang selalu mahu bermain di luar. Kali ni dalam rumah sahajalah mereka membuah kecah....
1 Disember juga merupakan bulan memasak....hehehe...teringat kata-kata anak murid saja dalam fb malam tadi..."Cikgu hari-hari ke buat kuih?" Bukan hari-hari buat kuih tetapi hari-hari memasak...
Walaupun Disember bulan yang paling sibuk tetapi Disember tetap datang dan tetap datang lagi...darihaticikgusuzie...

No comments:

Post a Comment