Wednesday 30 November 2011

WAFFLES

Suami selalu berpesan kalau nak buat makanan, buat makanan yang anak-anak suka makan. Waffles ini termasuk dalam kategori makanan yang anak-anak suka. Bermula dengan asyik membeli waffles di kedai di hadapan sekolah anak-anak, saya cuba mencari resepinya dan membeli pembakar waffles di Bangi. Memang mudah cara penyediaannya dan yang pentingnya....jimat. Inilah rupa waffles yang telah siap dibakar.




Sebenarnya masa ni tak pandai lagi buat waffles..agak sememeh sikit...tapi waffles ni memang rangup dan kita boleh letak jem strawberry ke, blueberry ke tapi anak-anak memang suka letak filling coklat...darihaticikgusuzie...

PIZZA LAH PULAK...

Saya ada juga try test buat pizza...cari-cari dapatlah satu resepi yang agak mudah untuk basenya...Satu adunan dapat 4 pan pizza yang kecil. Masa nilah anak-anak sibuk nak bubuh filling ape. Aiesyah suka sosej ngan crab stick tanpa cendawan, Iman jenis tak kisah...apapun boleh. Suami suka base yang nipis dan garing. Filling tak kisah tapi mozarella cheese kena banyak...
Selalunya kalau tiba malas nak masak untuk makan malam saya selalu buat pizza...senang cerita. Ni dia pizza yang tak bape nak cantik yang pernah saya buat.




Pizza ni saya letak mozarella cheese yang banyak. Tu pasal tak nampak filling yang lain. Doh untuk pizza ini juga saya gunakan untuk membuat donut...Senang cerita. Dua dalam satu. Resepi ini juga saya share dengan kawan-kawan yang inginkan resepi yang paling senang untuk buat pizza...hehe...darihaticikgusuzie...

KEK HARI JADI

Selalunya kek harijadi keluarga kami tempah je kat Cikgu Salbiah. Anak-anak dah selalu makan kek buatan saya jadi bila menyambut harijadi mereka kek mereka selalu tempah atau beli.Tahun ni harijadi saya sendiri dikejutkan dengan kek yang cantik daripada suami..hehe...love you like a love song lah...


Ha...ni dia...kek harijadi saya daripada suami...Suami saya memang romantis orangnya tapi saya tak pernah terfikir kek macam ni dia tempah. Rasa sayang nak makan. Rasa nak framekan je...hehe.

.

Ni pulak kek yang saya tempah untuk suami. Suami kata "mama tak berseni langsung. kek empat segi je"..hehe..tapi rasanya memang sedap. Saya memang suka buat kek tapi untuk meraikan harijadi keluarga biarlah yang cantik banyak...kek saya cantiknya sikit je..hehe


Ni pulak kek harijadi Aiesyah Sufiea yang ke lapan tahun. Aiesyah banyak demand nya. Nak payunglah, garfieldlah...dan inilah yang dia dapat. Oklah tu kan...Wajahnya berseri-seri sepanjang hari...Adik memang penghibur kat rumah.


Alamak...terbaliklah pulak gambar kek harijadi si bujang senang ni. Kek nipun ditempah tanpa memberitahu sibujang. Dia ingatkan tiada apa-apa untuknya. Saspen je...Sedap gak keknya. Kek Blueberry ditempah pada saat-saat akhir daripada Cikgu Salbiah.


Alia Atiqah...anak nombor 3. Dia ni tak kisahpun kek mcamana. Kek ni juga ditempah. Nantilah bila mama dah tahu buat kek yang cantik-cantik kita tak payah beli lagi kek untuk apa-apa majlispun. Entah bilalah tu agaknya...




Ha...ni barulah kek coklat buatan sendiri. Memang moist betul..Rupa takde tapi rasa memang sedap...Nampaknya kena belajar cara untuk mendekorasi kek lepas ni...tak ade seni langsungkan...tapi bila kek ni habis dimakan dek anak-anak, lega rasa hati ni...anak-anak masih berminat dengan kek coklat mamanya...darihaticikgusuzie...

LAMB CHOP, CHICKEN CHOP

Ha..ni lagi satu juadah yang menjadi kegemaran keluarga terutama suami sehinggakan sanggup berbelanja besar dengan membeli alat pembakar ala-ala Licence To Grill tu. Tak caya...Tengok gambar ni.


Alat pembakar ini sebiji macam dalam Licence To Grill tu lah. Ada sengkuapnya sekali...Besar gedabak dan boleh membakar dengan cepat. Alat pembakar ni menggunakan gas. Sehingga ke hari ini baru sekali sahaja digunakan...hehehe..payah nak bersihkan selepas digunakan...last-last bakar dalam oven je.



Ha..tu dia yang sedang dibakar dan yang sudah dibakar lamb chop nye. Kuah untuk memerap lamb chop ni suami beli daripada rakannya Haron yang dahulunya berniaga di Sepang Gold Coast. Memang sedap kuah pemerap ni. Saya cuba juga untuk membuatnya tapi tak pernah jadi-jadi. Entah apalah yang digunakan oleh Haron tu sehingga menjilat jari kami dibuatnya. Semasa Haron berniaga di Pantai Bagan Lalang, kami sekeluarga selalu makan di gerainya. Lama-kelamaan suami mencadangkan supaya saya belajar memerap lamb chop tu. Tapi itulah...Allah nak beri rezeki kepada Haron sebab perapan saya tak jadi dan terpaksalah membelinya daripada Haron...Anak-anakpun suka lamb chop ni. bagi Natasya yang tak makan lamb chop saya perapkan chicken chop buat dia. Mula-mula je dia tak makan lamb chop tapi bila takde pilihan lain tercekik-cekik juga dia menelan lamb chop tu.......darihaticikgusuzie.....

JELI KELAPA PANDAN

Macam lama dah tak buat jeli kelapa pandan ni sebab kelapa pandannya ditanam di Seri Bayu dan kami banyak menghabiskan masa di Hulu Teris. Namun jeli ini tetap menjadi pujaan anak-anakku, suamiku dan ibu mertuaku hahaha. Kalau masa buat jeli ini peti ais tak boleh diisikan dengan benda-benda lain dan pintu peti ais ni menjerit-jerit meminta tolong supaya janganlah pintunya dibuka dan ditutup selalu. Anak-anak memang suka jeli ni. Selain rasanya yang sedap, baunya juga harum seharum daun pandan...


Jeli ni kalau makan satu memang tak cukup, duapun belum tentu cukup lagi. Itu sebab anak-anakku di rumah ini asik buka dan tutup peti ais...Yang penting juga ibu mertuaku suka. Setiap kali balik ke kampung dia akan bertanya tentang jeli kelapa pandan ni. "Bukan tak nak buat mak, tapi malasnye tu dah terlebih-lebih sekarang ni"...hehe. Selain jeli kelapa, anak-anak juga suka dengan dadih terutama dadih mangga dan strawberry. Bukan susah sangat buatnya. Ikutnya peraturan dan undang-undang di belakang plastik dadih yang dibeli...Mudah bukan...Ish...ish...ish...teringinlah pulak nak makan dadih mangga....darihaticikgusuzie


MUFIN OH MUFIN

Dulu saya memang kemaruk buat mufin ni. Mufin coklatlah, mufin blueberrylah, mufin pisanglah, mufin vanilalah..pokoknya mufin, mufin, mufin. Masa tu mulalah merayau ke Bangi dan ke rumah kakak di Kuala Selangor untuk mencari cup mufin yang comel-comel. Di Kuala Selangor kakak saya memberitahu bahawa terdapat sebuat kedai yang menjual berbagai-bagai jenis peralatan membuat kuih. Apalagi berdezup saya ke sana bersama suami. Padahal bukan kemaruk sangat nak makan mufin cuma kemaruk nak tengok cup mufin yang pelbagai jenis dan rupa.


Cup mufin ni yang biasa je tapi pertama kali melihatnya saya dah suka. Apalagi saya rembat je. Mula-mula Aiesyah ngan Iman menikmatnya bersungguh-sungguh tapi bila dah selalu makan, mereka makan tanpa ada perasaan...."mama ni tak pandai ye buat mufin yang lain....asik-asik mufin coklat je" Dusss merah telinga dibuatnya...Lepas daripada itu saya cuba buat mufin vanila dan blueberry.


Ni dia mufin blueberry yang saya buat tu. Cup ni dibeli di Kuala Selangor...gambar strawbeey lagi. ish..ish..ish..mana nak nampak. Mufin ni mendapat sambutan hangat bila dimakan panas-panas. Keluar satu tray dari oven...habis...keluar lagi dari oven....selesai...Kadang-kala itulah yang merupakan kepuasan dalam diri ini bila apa yang dimasak dan dibakar digemari oleh keluarga...darihaticikgusuzie...


TART TELUR

dHehehe...tart telur lagi. Tart telur ni kegemaran suami. Masa singgah di King's saya selalu membeli tart telur ni dan saya pernah menceritakan kepada rakan saya Cikgu Noor Shariza tentang tart telur ni. Sherry kata "buatnye senang je kak". Senang!!!!!!!!!!! Memang senang. Dan bila Sherry terangkan cara membuatnya balik sahaja ke rumah saya melakukan eksperimen. Menjadilah juga walaupun crustnya tak macam kat King's tu. Yang penting suami suka dan anak-anak lagi suka. Laku sungguh tart telur saya pada cubaan pertama itu. Tak sempat sejuk dah dingap oleh anak-anak. Sekarang ni kalau buat tart telur mereka makanlah juga tapi taklah bersungguh-sungguh macam hari tu. Dah bosan agaknya.

Inilah dia rupa tart telur buatan saya tu. Rupa tiada rasa ade hehe. Yang ni sedap dimakan panas-panas. Tart telur ni pun saya ajar kepada rakan-rakan semasa di Bilik Masakan hari tu. Ceria betul masa tu apabila tart teur yang dilisankan oleh saya menampakkan bayangnya.....darihaticikgusuzie...

APAM POLKA DOT

Apam polkadot...hehe...mulalah teringat-ingat dan terbayang-bayang masa membuat apam polkadot ini di Bilik Masakan hari tu. Saya suka bila melihat apan ni tak pecah. Ustazah Siti Rohaya suka lihat apam ketika ketika senyum. Bukankah sepatutnya apam ni tak senyum. Gamat dibuatnya apabila berkumpul beramai-ramai, menyalin resepi dan mengukus apam polkadot ini.

Apam polkadot dalam gambar ni entah kali ke berapa buatnya. Aiesyah ngan Iman memang enjoy buat apam polkadot ni. Mula-mula cantik dot dot dot nya tapi makin lama entah apa-apa coraknya. Resepi apam polkadot ini diberikan kepada saya oleh Ustazah Husniza Hayati yang telahpun berpindah ke sekolah lain. Makasih ya Uni. Apam ni diperkenalkan kepada saya oleh Cikgu Noorliza Md Zeni. Masa saya beli daripada beliau yang dijual oleh jirannya, dot dot tu tak ade. Saya cuba mencari resepinya dulu dan nasib saya memang baik bila Uni berjaya mendapatkannya untuk saya. Dan resepi tu paling senang di dunia dan telah saya kongsi bersama rakan-rakan..darihaticikgusuzie...

Salam Perkenalan

Assalamualaikum semua,
Apa khabar hari ni? Semoga pagi yang damai ini menjadi memori terindah dalam hidup kalian. Mungkin ada yang menyangka bahawa saya sengaja membuat blog ini untuk mengajar masak...hehehe....Siapalah saya yang mahu mengajar masak sedangkan ilmu masakan begitu jauh api dari panggangnya. Cuma blog ini saya buat adalah untuk berkongsi kepada semua detik-detik terindah saya ketika menyediakan setiap jenis sajian untuk keluarga. Kadang kala komen daripada suami dan anak-anak menaikkan darah yang sedia dah tinggi namun saya tetap membuatnya berkali-kali supaya setiap kali sajian dihasilkan akan bertambah baik.
Detik-detik paling indah dalam sejarah memasak ini adalah ketika membuat kek karamel.


Kek karamel yang ditunjukkan ini adalah kek karamel kali entah ke berapa saya membuatnya. Kek ini nampak sempurnalah pada mata saya hehe.Sebelum ini dah banyak kali buat termasuklah membuatnya di sekolah semasa murid-murid dicutikan semasa SPM. Terharu melihat wajah rakan-rakan sebaik sahaja kek karamel ini dikeluarkan dari oven di Bilik Masakan sekolah. Masing-masing tersenyum puas apabila cita-cita untuk membuat kek karamel ini berjaya juga akhirnya.

Ni kek karamel yang dibuat di sekolah. Belang-belang tu dibuat oleh Ustazah Hamizas....hehe. Selesai membuat kami semua tersenyum simpul kerana akhirnya berjaya juga membuat 3 biji kek karamel hari tu. Insya-Allah kita akan buka lagi Bilik Masakan tu hujung tahun depan hehe...darihaticikgusuzie...