Monday, 16 January 2012

AYAM MASAM MANIS

Menu ayam memang menjadi satu kemestian setiap kali saya memasak. Anak-anak dan suami memang penggemar ayam terhebat di rumah. Mujurlah ada buku 1 Hari 1 Resepi tulisan Chef Hanieliza yang memang saya gunakan sepenuhnya. Hari ini di samping ikan senangin masak taucu saya ada juga memasak Ayam   Masam Manis.
Bahan-bahannya:
Bahan A
500 gm isi ayam
5 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
1 sudu teh gula
1/2 cwn gula
2 biji tomato (dipotong baji)
3 biji cili merah (dipotong serong)
3 biji cili hijau (dipotong serong)
Minyak untuk menggoreng
1/2 biji capsicum hijau (dipotong dadu)
Bahan B ( dikisar)
3 biji bawang merah 
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan C (sebagai hiasan)
Saya gunakan cendawan butang

Cara membuatnya
1. Goreng ayam hingga masak - jangan sampai garing dan ketepikan
2. Tumiskan bahan kisar hingga wangi
3. Masukkan cendawan butang cili merah, cili hijau, capsicum, air, sos tomato, sos cili dan gula
 - biar hingga mendidih
4. Masukkan ayam dan tomato. Biarkan sebentar.
5. Angkat dan hidang.








   Memang resepi ni mudah untuk disediakan. Bagi anak-anak yang tak suka makan pedas macam anak saya memang resepi ini sesuai. Suamipun suka. Ada anak-anak yang meratah saja lauk ni. Cubalah..darihaticikgusuzie...

1 comment:

  1. blog walking here..singgah ler blog sy gak kat http://precioushandsatelier.blogspot.com/ tgk bunga2 cantik mekar dlm cara berbeza ssuai utk deko umah anda..

    ReplyDelete