Thursday 1 December 2011

PUDING JAGUNG

Lama sungguh tak buat puding jagung...selalunya saya membuatnya dengan menggunakan tepung kastard tetapi kali ini saya telah mencuba resepi yang menggunakan serbuk agar-agar. Malang sekali anak-anak dan suami tidak menggemarinya."Nape puding jagung mama rasa macam ni" Alamak nampaknya tak lakulah puding jagung hari ni. Seperti biasa suami yang menjadi sumber ilham tetap menikmatinya setelah puding jagung disiram dengan susu cair dan dihias dengan buah-buahan dalam tin. Tetapi dari riak mukanya saya dapat rasakan bahawa suami memang tak menggemarinya.



Hahaha...ni dia. Rupa cantik tapi rasa kureng...ngaku jelah. Tetapi saya takkan menyerah kalah sebelum bertempur di medan masak-memasak ni. Penat-penat sahaja saya mencari acuan yang cantik ni tetapi menyerah untuk tidak membuat puding jagung lagi. Usahakan tangga kejayaan. Kalau murid-murid selalu saya sumbatkan telinga mereka dengan kata-kata ini takkan saya pula nak menyerah kalah...darihaticikgusuzie...

1 comment:

  1. x pe..klu x cuba x tau kan..Cam akk ni suka cuba resepi baru tp suami x suka kuih yg manis, anak2 pun bkn jenis suka makan..

    ReplyDelete