Wednesday 30 November 2011

Salam Perkenalan

Assalamualaikum semua,
Apa khabar hari ni? Semoga pagi yang damai ini menjadi memori terindah dalam hidup kalian. Mungkin ada yang menyangka bahawa saya sengaja membuat blog ini untuk mengajar masak...hehehe....Siapalah saya yang mahu mengajar masak sedangkan ilmu masakan begitu jauh api dari panggangnya. Cuma blog ini saya buat adalah untuk berkongsi kepada semua detik-detik terindah saya ketika menyediakan setiap jenis sajian untuk keluarga. Kadang kala komen daripada suami dan anak-anak menaikkan darah yang sedia dah tinggi namun saya tetap membuatnya berkali-kali supaya setiap kali sajian dihasilkan akan bertambah baik.
Detik-detik paling indah dalam sejarah memasak ini adalah ketika membuat kek karamel.


Kek karamel yang ditunjukkan ini adalah kek karamel kali entah ke berapa saya membuatnya. Kek ini nampak sempurnalah pada mata saya hehe.Sebelum ini dah banyak kali buat termasuklah membuatnya di sekolah semasa murid-murid dicutikan semasa SPM. Terharu melihat wajah rakan-rakan sebaik sahaja kek karamel ini dikeluarkan dari oven di Bilik Masakan sekolah. Masing-masing tersenyum puas apabila cita-cita untuk membuat kek karamel ini berjaya juga akhirnya.

Ni kek karamel yang dibuat di sekolah. Belang-belang tu dibuat oleh Ustazah Hamizas....hehe. Selesai membuat kami semua tersenyum simpul kerana akhirnya berjaya juga membuat 3 biji kek karamel hari tu. Insya-Allah kita akan buka lagi Bilik Masakan tu hujung tahun depan hehe...darihaticikgusuzie...

No comments:

Post a Comment